Wednesday, 3 April 2013
Kata Aluan Pengetua SMK Dato' Ibrahim Majid
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdullillah dengan keizinanNya Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 3, SMK Dato Ibrahim Majid dapat diadakan pada tahun 2013 ini. Sesungguhnya majlis ini amat bermakna kepada semua ibu bapa, guru-guru, pelajar dan warga SMK Dato’ Ibrahim Majid amnya.
SMK Dato’ Ibrahim Majid bertekad untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang menjadi kebanggaan dan harapan ibu bapa untuk mendidik anak-anak yang akan menjadi pewaris negara bangsa. Pihak sekolah amat menyedari bahawa dalam menempuh era yang mencabar, pelajar perlu mempunyai ketahanan mental, fizikal, emosi dan rohani yang tinggi dalam usaha membentuk generasi yang mampu menangani setiap perubahan yang berlaku. Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan berketrampilan hasil kecelikan akalnya, kesedaran dalamannya dan kesejahteraan jasmaninya.
Bagi mewujudkan sekolah sebagai tempat yang istimewa untuk memperoleh kejayaan, maka pelbagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah. Di samping program rutin pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dilaksanakan setiap hari, pihak sekolah juga menjalankan program-program kecemerlangan akademik dan sahsiah. Antara program yang terkini ialah Program Personal Touch dimana pihak pentadbir memberi motivasi kepada pelajar setiap tingkatan. Selain itu pihak sekolah juga memastikan pelajar lelaki dan perempuan solat berjemaah sebelum pulang dari sekolah.
Sebagaimana yang kita ketahui, kejayaan para pelajar tidak bergantung sepenuhnya kepada usaha dan bimbingan guru semata-mata, malah kerjasama ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk menentukannya. Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, kakitangan sokongan, YDP serta AJK PIBG , ibu bapa dan pelajar-pelajar yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menaikkan imej sekolah ini. Semoga hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan yang terbilang kecemerlangannya dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah akan tercapai.
Sekian terima kasih
Kata Aluan Pengerusi Yang Dipertua PIBG
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinnya saya berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata di Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 3 ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Kerjasama guru-guru dan ibubapa amat perlu bagi menentukan sekolah ini sentiasa mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang samada kurikulum dan ko kurikulum. Sesungguhnya kejayaan sekolah akan menjadi sejarah dan kita sebagai pendukung penerus perjuangan pada hari ini memang boleh menumpang bangga dan megah terhadap kecemerlangan yang telah dicipta. Antaranya, sekolah ini telah mendapat 5 bintang dalam pertandingan Bilik Operasi Pentaksiran peringkat negeri dan Johan Galeri Sejarah. Walau bagaimanapun kejayaan tersebut tidak akan menjadi realiti sekiranya tiada kerjasama yang padu antara semua ibubapa (PIBG) dengan sekolah.
Bidang akademik pada masa kini semakin mencabar dan ianya memerlukan pengorbanan di kalangan para guru dan ibubapa. Semangat bekerjasama perlu disemai dikalangan kita bagi mencapai hasrat melahirkan generasi yang bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi juga berakhlak mulia. Pemupukan akhlak mulia ini sepatutnya bermula dari rumah oleh ibu bapa dan dimantapkan oleh guru-guru di sekolah. Ini selari dengan slogan sekolah “Akhlak Teras Kecemerlangan”.
Justeru itu para ibubapa dan guru-guru, marilah kita berganding bahu memainkan peranan mendidik generasi kita ini, menjadi insan yang berwawasan dan bersahsiah mulia. Generasi yang tidak berilmu dan kurang berkemahiran, tidak akan dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan, keamanan dan pembangunan negara. Anak adalah harta paling bernilai maka kita lindulingi lah harta ini dengan akhlak dan ilmu.
Sekian, Terima Kasih
……………………………………….
(TUAN HAJI MD JUDYAR B MALIK)
Yang Dipertua PIBG
Yang Dipertua PIBG
SMK Dato’ Ibrahim Majid
Simpang Rengam
VISI & MISI PIBG SMK DATO' IBRAHIM MAJID
VISI PIBG SMK
DATO’ IBRAHIM MAJID
PIBG SMK Dato’ Ibrahim
Majid seiring dan komited dengan pihak sekolah dalam menyediakan standard
pembelajaran yang terbaik untuk melahirkan pelajar sekolah ini yang berilmu,
beketrampilan dan seimbang.
MISI PIBG SMK
DATO’ IBRAHIM MAJID
PIBG SMK Dato’ Ibrahim
Majid memberikan komitmen berterusan secara profesional dalam membantu pihak
sekolah melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan kepada semua anak didik
sekolah ini dengan cara:
i. Membantu dan menambah
usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan material murid-murid dalam
kegiatan mereka.
ii. Membolehkan ibu bapa
dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.
iii. Memberikan peluang
kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain
berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka.
PIAGAM PELANGGAN PIBG SMK DATO’ IBRAHIM MAJID
PIBG SMK Dato’ Ibrahim Majid berjanji
untuk:
·
Memupuk budaya ilmu bersendikan nilai-nilai murni dan akhlak
terpuji
·
Membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dan perilaku berhikmah
·
Menyemarakkan silaturrahim dengan ibu bapa/penjaga dan kemesraan
keluarga Sek Men Keb Dato’ Ibrahim Majid.
·
Berusaha untuk menjaga kebajikan pelajar, guru dan kakitangan.
MAKLUMAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK DATO' IBRAHIM MAJID
Nama Sekolah : SMK. Dato Ibrahim Majid
Alamat :
SMK. Dato Ibrahim Majid, Km. 3 Jalan
Benut, 86200, Simpang Rengam.
Gred Sekolah : B
Tarikh Mesyuarat Agung PIBG : 25 Mac 2012
Nama Perasmi Mesyuarat PIBG : Tuan Haji Abd Karim Bin Abu Bakar
(Pegawai Daerah Kluang)
Bil.
|
Nama
|
Jawatan
dipegang
|
Pekerjaan
|
1.
|
Tuan Haji
Abd. Razak Bin Abd. Rahman
|
Penasihat
|
Pengetua
SMKDIM
|
2.
|
Tuan Haji Md.
Judyar Bin Malik
|
Yang
Dipertua PIBG
|
Bekerja
Sendiri
|
3.
|
Kapt (B)
Roslan Bin Simo
|
Naib Yang
Dipertua PIBG
|
Ketua Kampung
Bukit
Kenangan
|
4.
|
En. Katimin
Bin Keusni
|
Ahli
Jawatankuasa PIBG
|
Ketua Kampung
Parit Hassan
|
5.
|
Puan Ponium
Bte Wasipah
|
Ahli
Jawatankuasa PIBG
|
Bekerja
sendiri
|
6.
|
Puan Jumilah
Bte Baser
|
Ahli
Jawatankuasa PIBG
|
Jururawat
|
7.
|
En. Abd Ghani
Bin Ali
|
Ahli
Jawatankuasa PIBG
|
Guru
|
8.
|
En. Hairil
Anuar Bin Sungep
|
Setiausaha
PIBG
|
Guru
|
9.
|
En. Nasarudin
Bin Hj. Ismail
|
Bendahari
PIBG
|
Guru
|
10.
|
Tuan Haji
Sakdun Bin Abd Kadir
|
AJK PIBG
|
Guru
|
11.
|
Puan Nita
Binti Mahmud
|
AJK PIBG
|
Guru
|
12.
|
En. Madzian
Bin Rahmat
|
AJK PIBG
|
Guru
|
13.
|
Tuan Haji
Masion Bin Gatot Gotcha
|
AJK PIBG
|
Bekerja
sendiri
|
14.
|
En. Md. Yusuf
Bin Tugimin
|
Pemeriksa
kira - kira
|
Bekerja
sendiri
|
15.
|
Puan Sanisah
Bt Mohammad Bandi
|
Pemeriksa
kira - kira
|
Guru
|
Subscribe to:
Posts (Atom)