Wednesday, 3 April 2013

Kata Aluan Pengerusi Yang Dipertua PIBG



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izinnya saya berkesempatan menyampaikan sepatah dua kata di Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 3 ini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Kerjasama guru-guru dan ibubapa amat perlu bagi menentukan sekolah ini sentiasa mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang samada kurikulum dan ko kurikulum.  Sesungguhnya kejayaan sekolah akan menjadi sejarah dan kita sebagai pendukung penerus perjuangan pada hari ini memang boleh menumpang bangga dan megah terhadap kecemerlangan yang telah dicipta. Antaranya, sekolah ini telah mendapat 5 bintang dalam pertandingan Bilik Operasi Pentaksiran peringkat negeri dan Johan Galeri Sejarah. Walau bagaimanapun kejayaan tersebut tidak akan menjadi realiti sekiranya tiada kerjasama yang padu antara semua ibubapa (PIBG) dengan sekolah.

Bidang akademik pada masa kini semakin mencabar dan ianya memerlukan pengorbanan di kalangan para guru dan ibubapa. Semangat bekerjasama perlu disemai dikalangan kita bagi mencapai hasrat melahirkan generasi yang bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi juga berakhlak mulia.  Pemupukan akhlak mulia ini sepatutnya bermula dari rumah oleh ibu bapa dan dimantapkan oleh guru-guru di sekolah.  Ini selari dengan slogan sekolah “Akhlak Teras Kecemerlangan”.

Justeru itu para ibubapa dan guru-guru, marilah kita berganding bahu memainkan peranan mendidik generasi kita ini, menjadi insan yang berwawasan dan bersahsiah mulia. Generasi yang tidak berilmu dan kurang berkemahiran, tidak akan dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan, keamanan dan pembangunan negara.  Anak adalah harta paling bernilai maka kita lindulingi lah harta ini dengan akhlak dan ilmu.

Sekian, Terima Kasih



……………………………………….
(TUAN HAJI MD JUDYAR B MALIK)
 Yang Dipertua PIBG
SMK Dato’ Ibrahim Majid
Simpang Rengam

 

No comments:

Post a Comment